Zahid: Di sini bermula pertemuan pandang pertama Hanya dingin bersuara tapi tidak terkata Siang tercari-cari malam termimpi-mimpi Gadis yang di impi mungkinkah jadi realiti Personalti, hati budi ingin ku kenali Dan tak dengar fantasi, pria fantasia Kini kembali, hey Nikki penglipur lara Alunan suara mula bercerita
Langkahmu yang menggoda Gayamu mempesona Jelaslah kau jatuh cinta kepadanya Malang kau hanya dianggap fantasi atau jelmaan Di dalam angan-angan yang dia ciptakan
(Bridge) Dalam khayalan kau rupawan Selama-lama kau didamba Namun hakikat kau sering saja dipergunakan
(Korus) Caramu dan caranya berbeza Ini semua permainannya Baik lupakan saja kerana kau Jika bersama dia hidupmu kan sengsara Berkali-kali telah ku ingatkan
Langkahmu makin dekat padanya Ingin menjerat akal mu pasti lena dibuai katanya Telah ku kenal si dia Yang hanya pandai berpura Memikat dan menawan mangsa tuk diperdaya
Dia janjikan kemewahan Dan perkahwinan keindahan Namun hakikat kau sering saja dipergunakan
(Ulang korus)
Tak sanggup ku lihat kau derita Menurut segala mahunya Kau keliru dan kau tersiksa Cintamu hanya dipersia
Zahid: Hey Nikki! What? Wo..tiada ku sangka begini jadinya Lembut lidah manis kata semuanya dusta Diperdaya janji semua kosong belaka Masa dan tenaga disiakan begitu saja Rupa parasmu buatku tertawan Lenggang lenggok pinggulmu Yang jadi bahan tatapan Yang ku inginkan kejujuran Tapi pembohongan yang kau berikan Seperti peribahasa Tiada beban batu digalas Tanpa cintanya diriku kini bebas Ku berserah semuanya pada Mu Tuhan Setiap yang berlaku pasti dalam ingatan Kini ku tahu manusia semua berbeza Inginkan kemewahan bukan persahabatan Benar kata mu ku hargai nasihatmu kawan Cara kita berbeza